SK Kedawang dinamakan sempena nama sebuah kampung yang bernama Kampung Kedawang. Pada mula-mula ditubuhkan Sekolah Kebangsaan Kedawang dibina secara gotong-royong oleh masyarakat kampung. Peristiwa bersejarah itu telah dirakamkan berlaku pada 21 Januari 1910. Struktur binaan bangunan sekolah pada waktu itu hanyalah berangkakan kayu, beratapkan daun pokok bertam dan berdindingkan pelupoh dan hanya berlantaikan tanah.
Sebagaimana dimaklumkan oleh masyarakat di Kedawang kumpulan pelajar pertama yang menuntut di SK Kedawang pada hari pertama dibuka adalah seramai 72 orang.
Gambar ini menunjukkan bangunan asal yang dibina pada tahun 1910. Ianya telah mengalami beberapa penambahbaikan, akan tetapi struktur asasnya masih dikekalkan.
Gambar ini pula menunjukkan bangunan yang dibina pada tahun 1921 yang mampu menempatkan 3 bilik darjah. Dikhabarkan juga bangunan ini adalah merupakan bangunan sekolah moden pertama yang dibina di Pulau Langkawi.
No comments:
Post a Comment