Tuesday, April 7, 2009

Sejarah SK Kedawang.

SK Kedawang dinamakan sempena nama sebuah kampung yang bernama Kampung Kedawang. Pada mula-mula ditubuhkan Sekolah Kebangsaan Kedawang dibina secara gotong-royong oleh masyarakat kampung. Peristiwa bersejarah itu telah dirakamkan berlaku pada 21 Januari 1910. Struktur binaan bangunan sekolah pada waktu itu hanyalah berangkakan kayu, beratapkan daun pokok bertam dan berdindingkan pelupoh dan hanya berlantaikan tanah.

Sebagaimana dimaklumkan oleh masyarakat di Kedawang kumpulan pelajar pertama yang menuntut di SK Kedawang pada hari pertama dibuka adalah seramai 72 orang.

Gambar ini menunjukkan bangunan asal yang dibina pada tahun 1910. Ianya telah mengalami beberapa penambahbaikan, akan tetapi struktur asasnya masih dikekalkan.

Gambar ini pula menunjukkan bangunan yang dibina pada tahun 1921 yang mampu menempatkan 3 bilik darjah. Dikhabarkan juga bangunan ini adalah merupakan bangunan sekolah moden pertama yang dibina di Pulau Langkawi.

Dimana terletaknya SK Kedawang?


Kedudukan SK Kedawang berada di sebelah selatan Pulau Langkawi, perjalanan dari jeti Kuah ke SK Kedawang mengambil masa lebih kurang 30 minit. Antara perkhidmatan yang boleh digunakan untuk ke SK Kedawang dari jeti Kuah adalah seperti perkhidmatan teksi, kereta sewa pandu sendiri, bas persiaran (kuantiti ramai) dan motosikal sewa pandu sendiri.

Selain jeti Kuah, pintu masuk lain ke Pulau Langkawi ialah melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, perjalanan dari LTAL ke SK Kedawang melalui jalan raya tepi laut yang mempunyai pemandangan mengasyikkan hanya mengambil masa 10 minit sahaja untuk sampai.


Setelah anda sampai ke tempat yang bernama Mukim Kedawang, anda hanya perlu memerhatikan Masjid Ar-Rahman kerana SK Kedawang terletak betul-betul bersebelahan Masjid Ar-Rahman dan berhadapan dengan Stesen Minyak Petronas Kedawang. 

Selamat Datang ke SK Kedawang.

Sebarang pertanyaan sila hubungi :
Tel /Faks : 04-9554787
E-mail : skkedawang@gmail.com